KULIAH 3 17 September 2019 | Selasa Pada sesi kuliah ini, Dr Odi telah mengendalikan kuliah dengan sepenuhnya. kami telah diberi penerangan mengenai domain penyelidikan psikolinguistik dengan beberapa contoh dan soal jawab yang dikemukan bagi mencetuskan idea dalam kalangan kami. Terdapat enam domain penyelidikan linguist iaitu penghasilan bahasa, pemahaman, pemerolehan bahasa, gangguan bahasa, bahasa dan pemikiran dan neurokognisi. Dr Odi juga turut menerangkan tentang derivasi dan infleksi. Kedua – dua istilah ini telah pun dipelajari dalam ilmu sintaksis. Derivasi merujuk kepada perubahan golongan kata manakala Infleksi pula merujuk kepada pengekalan sesuatu golongan kata. Dalam kuliah ini juga Dr turut memberi tugasan kepada kami untuk mengetahui maksud primitif-primitif semantik dan juga makna bagi ayat dan ungkapan. Selain itu, Dr Odi turut membuka minda kami untuk membezakan ketaksaan dan kesamaran. Pada akhir kuliah, Dr Odi memberikan tugasan kumpulan secara berpasangan un...