REFLEKSI MINGGU 2
KULIAH 3
17 September 2019 | Selasa
Pada sesi kuliah ini, Dr Odi telah mengendalikan kuliah
dengan sepenuhnya. kami telah diberi penerangan mengenai domain penyelidikan
psikolinguistik dengan beberapa contoh dan soal jawab yang dikemukan bagi
mencetuskan idea dalam kalangan kami. Terdapat enam domain penyelidikan linguist
iaitu penghasilan bahasa, pemahaman, pemerolehan bahasa, gangguan bahasa,
bahasa dan pemikiran dan neurokognisi. Dr Odi juga turut menerangkan tentang
derivasi dan infleksi. Kedua – dua istilah ini telah pun dipelajari dalam ilmu
sintaksis. Derivasi merujuk kepada perubahan golongan kata manakala Infleksi
pula merujuk kepada pengekalan sesuatu golongan kata. Dalam kuliah ini juga Dr
turut memberi tugasan kepada kami untuk mengetahui maksud primitif-primitif semantik
dan juga makna bagi ayat dan ungkapan. Selain itu, Dr Odi turut membuka minda
kami untuk membezakan ketaksaan dan kesamaran. Pada akhir kuliah, Dr Odi
memberikan tugasan kumpulan secara berpasangan untuk memikirkan tentang konsep anomali dan penaabiran oleh kanak-kanak dalam bahasa Melayu. Kami juga dikehendaki untuk memilih satu video lagu yang telah direkod oleh rakan sekelas kemudian kami perlu menemu bual pasangan tersebut tentang bagaimana pemprosesan dan penghasilan lagu yang telah mereka cipta.
Berikut merupakan antara soalan dan jawapan responden berdasarkan temu bual;
1. Bagaimana anda mendapat idea untuk mencipta lirik?
Kami mendapat idea untuk mencipta lirik lagu tersebut berdasarkan tema yang telah ditetapkan oleh pensyarah iaitu tema makanan tradisional. Melalui tema yang ditetapkan, kami bersetuju untuk menggabungkan contoh makanan tradisional tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India.
2. Adakah lirik yang dicipta menepati tema yang diberikan?
Ya. Lirik yang kami cipta menepati tema yang telah ditetapkan iaitu tema makanan tradisional kerana kami telah memberikan contoh makanan tradisional yang terkenal untuk setiap tiga kaum utama di Malaysia.
3. Adakah anda mempunyai kesukaran dalam mencipta lirik?
Sudah tentu. Kami perlu mencari dan memilih perkataan-perkataan yang sesuai untuk digunakan dalam penulisan lirik lagu ini berdasarkan tema yang telah diberi. Oleh itu, ia sedikit mencabar bagi kami.
4. Apakah input yg anda dapat selepas membuat tugasan ini?
Apa yang kami dapat dari tugasan ini ialah kami dapat mencuba perkara baru iaitu mengubah dan mencipta lirik baru berdasarkan lagu yang diberikan. Ia merupakan suatu aktiviti yang memerlukan idea dan daya kreatif yang baik.
KULIAH 4
18 September 2019 | Rabu
Sesi kuliah ini telah dijalankan oleh Dr Odi di dewan kuliah
J. Kami dikehendaki untuk memuat turun aplikasi ‘quizlet’ atau menggunakan
aplikasi ini di laman web untuk melaksanakan aktiviti dalam kelas. ‘Quizlet’
merupakan sebuah aplikasi permainan yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Aplikasi ini membolehkan tenaga pengajar untuk menyediakan soalan bagi menguji minda pelajar-pelajarnya. Melalui permainan ini kami telah dipecahkan mengikut kumpulan yang disediakan oleh 'quizlet', maka setiap ahli perlu berkumpul dan memadankan jawapan yang bersesuaian dengan soalan yang dipaparkan. Setiap ahli tidak mempunyai pilihan jawapan yang sama, maka kerjasama antara ahli kumpulan sangat penting untuk memilih jawapan yang tepat melalui mana-mana telefon bimbit ahli kumpulan. Antara soalan yang dikemukakan adalah berkaitan definisi dan konsep bagi beberapa ilmu bahasa seperti fonetik, fonologi, pragmatik dan semantik. Bagaimana aplikasi ini berfungsi adalah, pelajar perlu meilih jawapan yang tepat untuk maju ke soalan yang lain dan sekiranya jawapan salah, pelajar perlu mengulangi semula kepada soalan pertama. Proses permainan ini dilihat seperti proses mengulang kaji kerana teknik pengulangan telah diterapkan sepanjang permainan ini berlangsung. Sekiranya pelajar mampu mengingati soalan dan jawapan yang tepat dengan sempurna maka kumpulan tersebut dapat mennyempurnakan kesemua soalan dengan sebaiknya. Pada akhir kuliah, kami diberi tugasan untuk menemu bual beberapa kanak-kanak sepanjang minggu konvokesyen bagi mendapatkan video pemerolehan bahasa oleh kanak-kanak dan tugasan tersebut perlu dilaksanakan bersama ahli kumpulan yang ditubuhkan melalui 'Quizlet' ini
![]() |
Gambar 3 : Swafoto kuliah 4 |
Comments
Post a Comment