REFLEKSI MINGGU 1
KULIAH 1
10 September 2019 | Selasa
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada kuliah minggu ini, seperti kebiasaannya pengajaran tidak dilaksanakan lagi kerana pada sesi kuliah pertama ini pensyarah akan berkenalan dengan pelajar-pelajar yang mengambil kursus ini iaitu kursus HMT 415 Psikolinguistik. Oleh itu, bagi kursus ini terdapat beberapa pensyarah yang akan mengendalikan kuliah dan tutorial iaitu Dr. Rozaida binti Haji Abdul Rauf dan Dr. Jong Hui Ying serta dibantu oleh Dr Radiah Yusoff atau lebih dikenali sebagai Dr Odi. Justeru, pada sesi kuliah pertama ini Dr. Rozaida telah menerangkan rangka kursus, tajuk kuliah, bahan bacaan asas dan beberapa maklumat dan arahan mengenai projek yang akan dijalankan. Pada awal kuliah juga kami telah diarahkan untuk mengambil swafoto berlatarbelakangkan pensyarah yang berada di hadapan dewan kuliah kemudian gambar tersebut akan dimuat naik dalam ruang sembang kumpulan HMT 415 yang ditubuhkan dalam aplikasi 'whatsapp' bagi membuktikan kehadiran pada kuliah hari tersebut.
![]() |
Gambar 1 : Swafoto kuliah 1 |
Seusai itu, Dr Radiah memberi arahan kepada kami untuk mencari rakan sekumpulan yang terdiri daripada lapan orang ahli secara maksima. hal ini bertujuan untuk melaksanakan projek Psikolinguistik yang akan dilaksanakan kelak. Kami juga dikehendaki untuk memilih satu tajuk dan kemudiannya mengasilkan persoalan bagi melaksanakan projek dan tajuk yang telah dipilih serta senarai nama ahli kumpulan peru diserahkan kepada Dr Radiah pada hari Jumaat minggu kedua.
Kemudian, kuliah disambung oleh Dr Odi dengan arahan yang sangat pantas, kami dikehendaki untuk mencari pasangan dan pasangan yang dipilih perlulah berlainan jantina atau kursus yang diambil. Aktiviti yang dijalankan oleh Dr Odi adalah berkaitan penciptaan lirik lagu. Kami telah diberi dua pilihan lagu iaitu lagu Sesungguhnya oleh Alif Satar dan kumpulan Raihan dan juga lagu Gemuruh oleh Faizal Tahir. Berdasarkan rentak lagu dan dibantu dengan lirik lagu tersebut kami telah diberikan satu tema iaitu makanan tradisional dan seterusnya kami dikehendaki untuk memilih satu atau beberapa makanan tradisional dan menghasilkan lirik lagu berdasarkan makanan yang telah dipilih. Antara cabaran yang perlu kami hadapi adalah kami perlu menyiapkan tugasan tersebut sebelum kuliah berakhir.
Bagi menyiapkan tugasan ini, saya dan pasangan telah bersetuju untuk memilih lagu Gemuruh oleh Faizal Tahir dan makanan tradisional yang dipilih ialah kuih seri muka. Kami bersependapat bahawa kuih seri muka ini mempunyai sinonimnya dengan golongan kaum wanita serta kuih ini juga mempunyai keunikan dari segi rupa dan rasanya yang menonjolkan kesepaduan antara dua bahagian yang berbeza. Oleh itu kami bersetuju untuk menggunakan kuih seri muka bagi menghasilkan lirik lagu dengan menggunakan rentak lagu Gemuruh.
Berikut merupakan lirik lagu yang telah dicipta;
KUIH SERI MUKA, KUIH TRADISIONAL (GEMURUH)
Bila diadun, kuih tradisional
Hasrat untuk membuat kuih seri muka
Marilah kita sediakan bahan
Resepinya hanya senang sahaja.
Seri muka, ada dua lapisan
Lapisan atas dan lapisan bawah
Bahagian atas adunan yang lembut
Bahagian bawah pula adanya pulut.
Seri Muka bukan sekadar kuih
namun melambangkan kehidupan kita.
Manisnya terasa di lapisan atas
Tawarnya pula di lapisan bawah
Ini melambangkan kehidupan kita
Adanya duka adanya bahagia.
KULIAH 2
11 September 2019
Pada sesi kuliah ini, kami telah didedahkan dengan beberapa
konsep asas dalam ilmu psikolinguistik. Berdasarkan penerangan oleh Dr Rozaida,
kami dapat menyimpulkan bahawa bagi subjek-subjek yang telah kami pelajari
sebelum ini iaitu fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik,
kesemua kursus ini adalah merangkumi keseluruhan ilmu psikolinguistik yang akan
kami pelajari. Oleh itu, penguasaan tentang kursus yang lepas perlu ditambah
baik dan dipertingkatkan pemahamannya bagi memahami ilmu psikolinguistik yang
akan dipelajari nanti. Kemudian, Dr Rozaida juga ada memberi contoh dengan
memanggil seorang pelajar bangsa Cina dalam kelas kami iaitu Loke Zhi Leong. Dr
Rozaida meminta Loke untuk mengujarkan perkataan ma dari pelbagai intonasi yang berbeza dan menghasilkan makna yang
berbeza. Oleh itu, kami dapat mendengar secara langsung dalam kuliah tersebut
bagaimana ujaran bagi perkataan ma diujarkan.
Bagi masyarakat melayu, sekiranya perkataan tersebut diujarkan kita akan
mengetahui bahawa perkataan ma itu
merujuk kepada satu makna sahaja, berbeza dengan masyarakat cina yang
membezakan perkataan ma melalui
intonasi semasa perkataan dituturkan. Hal ini berlaku kerana, masyarakat melayu
tidak mempunyai pemahaman dan ilmu bahasa tersebut dalam kotak pemikiran mereka.
Justeru, masyarakat melayu tidak dapat membezakan makna bagi perkataan
tersebut. Oleh itu, dalam kursus linguistik ini kami akan mempelajari tentang domain-domain
ilmu psikolinguistik yang terhasil daripada pengawalan otak manusia.
![]() |
Gambar 2 : Swafoto kuliah 2 |
Comments
Post a Comment