Posts

Showing posts from September, 2019

PSIKOLINGUISTIK- BERBICARA MELALUI GAMBAR

Image
5 GAYA PSIKOLINGUISTIK GAYA 1 : Pemahaman bahasa GAYA 2 : Pemerolehan bahasa GAYA 3 : Penghasilan bahasa GAYA 4 : Neurokognisi GAYA 5 : Gangguan bahasa

REFLEKSI MINGGU 2

Image
KULIAH 3 17 September 2019 | Selasa Pada sesi kuliah ini, Dr Odi telah mengendalikan kuliah dengan sepenuhnya. kami telah diberi penerangan mengenai domain penyelidikan psikolinguistik dengan beberapa contoh dan soal jawab yang dikemukan bagi mencetuskan idea dalam kalangan kami. Terdapat enam domain penyelidikan linguist iaitu penghasilan bahasa, pemahaman, pemerolehan bahasa, gangguan bahasa, bahasa dan pemikiran dan neurokognisi. Dr Odi juga turut menerangkan tentang derivasi dan infleksi. Kedua – dua istilah ini telah pun dipelajari dalam ilmu sintaksis. Derivasi merujuk kepada perubahan golongan kata manakala Infleksi pula merujuk kepada pengekalan sesuatu golongan kata. Dalam kuliah ini juga Dr turut memberi tugasan kepada kami untuk mengetahui maksud primitif-primitif semantik dan juga makna bagi ayat dan ungkapan. Selain itu, Dr Odi turut membuka minda kami untuk membezakan ketaksaan dan kesamaran. Pada akhir kuliah, Dr Odi memberikan tugasan kumpulan secara berpasangan un...

REFLEKSI MINGGU 1

Image
KULIAH 1 10 September 2019 | Selasa Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada kuliah minggu ini, seperti kebiasaannya pengajaran tidak dilaksanakan lagi kerana pada sesi kuliah pertama ini pensyarah akan berkenalan dengan pelajar-pelajar yang mengambil kursus ini iaitu kursus HMT 415 Psikolinguistik. Oleh itu, bagi kursus ini terdapat beberapa pensyarah yang akan mengendalikan kuliah dan tutorial iaitu Dr. Rozaida binti Haji Abdul Rauf dan Dr. Jong Hui Ying serta dibantu oleh Dr Radiah Yusoff atau lebih dikenali sebagai Dr Odi. Justeru, pada sesi kuliah pertama ini Dr. Rozaida telah menerangkan rangka kursus, tajuk kuliah, bahan bacaan asas dan beberapa maklumat dan arahan mengenai projek yang akan dijalankan. Pada awal kuliah juga kami telah diarahkan untuk mengambil swafoto berlatarbelakangkan pensyarah yang berada di hadapan dewan kuliah kemudian gambar tersebut akan dimuat naik dalam ruang sembang kumpulan HMT 415 yang ditubuhkan dalam aplikasi 'whatsapp' bagi membu...